Maklum Balas Libas

Keseluruhan

Cerita memang merupakan sebuah filem aksi komikal yang mampu menghiburkan hati penonton. Filem yang boleh dibandingkan dengan filem luar iaitu Shaolin Soccer dari segi aksi dan intipati cerita. Bezanya, filem ini mengangkat permainan sepak takraw yang menjadi permainan masyarakat Melayu. Tema pencintaan dan semangat membawa nama negara dilihat menyerlah dalam filem ini. Imeg CGi yang digunakan berjaya membantu pergerakan filem ini. Walaupun kelihatan sedikit tidak selari, tetapi filem ini menghiburkan.Kredibiliti pelakon lelaki tersohor negara, Rosyam Nor, memang tidak boleh disangkal lagi. Pelakon-pelakon baru sepeti Scha Al Yahya, Johan, Kumok, Beego, Adam Corrie, Z. Zamri dan Yuswaisat tidak tergelam dek kehebatan lakonan Rosyam Nor. Scha berjaya menterjemahkan watak Ratna, yang merupakan kekasih bagi Adnan, lakonan Rosyam. Kumok & Johan berjaya memberi warna dalam lakonan dan cerita ini. Geng sepak takraw dari Thailand, lakonan Adam Corrie, Z. Zamri dan Yuswaisar, sememangnya menjiwai watak mereka iaitu lawan yang handal, menjengkelkan dan menggerunkan[4].

Kutipan

Filem ini gagal mencapai lepas bajet apabila hanya mendapat RM 0.93 juta.

Pencalonan & Anugerah

Filem ini berjaya mendapat 3 pencalonan dalam FFM 24 iaitu:

  • Cerita Asal Terbaik - Martias Ali
  • Sinematografi Terbaik - Mihd Shaufe Abdul Wahib
  • Pengarah Harapan Terbaik - Jurey Latiff Rosli
  • Kesan Visual Terbaik - Amru Najmi Osman